BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 25, 2010

balik sekolah

aku nak balik sekolah dah esok,sedih nak meninggalkan tempat tumpahnya darahku ini,ceh macam nak pi luar negara lak.By the way luqman,azril,hadif n danial jangan lah sedih walaupun aku tahu ampa takkan sedih bhaha. nnti bila aku cuti kita lepak sekali lagi.bowling mungkin.

Thursday, December 23, 2010

Ayah aku masuk penjara??

 Apa?ayah aku kena penjara.Oh tidak!!!!!!!!!!.Ceh lawak ja,ni gambag ayah aku tengah survey projek dia.Sambil2 tu dia acting sikit  dengan berlajar gaya hidup seorang banduan.Nak tau apa projek dia tengok kat bwah dah diediakan dengan jelas sekali,sapa2 yang tak nampak tu maknanya doktor mata sudah menunggu anda.

Wednesday, December 22, 2010

cuti2 gembira 2

wei aku ada good storey,memandangkan kerja sekolah aku hampir nak siap,mak aku dah setuju nak pi holiday kat penang,sebenarnya holiday tu bukan ada kena-mengena ngan aku pun.mak aku saje nak pi beli handbag la baju la n some others wierdy stuffs(barang2 pompuan yang aku benci).klau mak aku shopping fuh pnat.mna taknya pi berpuluh kedai,pilih macam-macam tpi time bli tak sampai separuh pun yang dia pilih.klaushopping mesti dia tanya aku tentang choice dia n aku pun  dizzy sketika ada ka patut dia tanya aku pasai barang pompuan(mentang-mentangla adik-beradik aku semua laki).dia boleh buat macamni.tpi nak buat camne tak ikut takleh la pi swimming,aduh mak aku ni pandai lak buat rules.

Monday, December 20, 2010

Frust

la ni mak aku tngah bising tak siap keje kolah la apala,ni aku frust ni.mak aku selalu berleter sebab dia tak pernah nampak aku buat kerja kolah tpi aku suka buat(buat waktu mlam) aku suka buat waktu mlam sebab aku suka buat kerja sekolah wktu sunyi,jadi aku bleh buat kerja ngan lancar.Umi !!!! tengoklaa mlam ni buat esok siap semua jngn terkejut

Cuti2 gembira

wktu cuti dulu, aku cuti kat kampung jer,biasela takdak duit.wktu duk kat kampung memang best semuanya bebas nak bakar ubi buat air bandung,berkelah ngan sepupu tanpa bntuan owang dewasa.memang best la aku cakap kat ampa.aaa ni ada satu kejadian menimpa aku,ada satu mlam tu malam jumaat(ni bukan cerita antu), kmi (aku ngn sepupuku) pi la cari katak. biasela musim macamni bnyak ikan.kami pi la 5 orang semuanya tingkatan dua,tingkatan satu(iaitu aku),darjah 5 (ada dua orang satu sepupu aku dan adik aku) dan darjah 2.cari katak guna satu torchlite jer,mula2 tu memang la seram tngok aah kampung malam2 mesti la gelap and cari katak tu lak kat semak samun,sawah padi kat bangsal usang yang simpan lori aduh rasa mcam duk kat rancangan sekers lak.duk cari katak tu dapat la 30 ekor katak.happy punya appy tak sedar kunci motor hilang,aduh nak balik macamna,malas punya malas terpaksa la tolak motor tu balik.(budak2 kampung baya aku dah reti bwak motor) .balik kt rumah tok aku abis kena mrah ngan ayah aku.dah la takdak kunci spare.jadi malas punya malas ekali lagi kena la bngkit awal pagi pi cari kunci tu,nasib baik la jumpa.rupanya kunci tu ada kt tepi lori tempat kami duk cari katak.tu pun sepupuku yang jumpa.fuh lega....

Kebanggaan Negeri Kedah

 ha ni gambag sawah padi waktu padi tak tumbuh,klau time macamni tangkap ikan best ni.opps lupa lak katsini kami panggil sawah padi bendang atau padang.klau waktu ni aku ngan sepupu syok ikut belakang traktor sebab ikan selalu lompat kat situ jadi senang la untuk kami tangkap.

ha ni waktu padi dah tumbuh tngokla sejuk mata memandang rasa nak tidoq lak kat padi yang macam nak jadi karpet warna hijau.ha ni satu petua untuk orang bandaq yang nak duk kat kampung,klau duk mengadu panas sangat pi la kat sawah padi bila waktu pagi,time tu air dia sejuk mengalah kan air kat dalam peti ais.jngn pi minum lak nnti mati keracunan kena racun serangga, satgi aku tak tanggung.

Sungaiku tempatku

ha ni lah sungai aku duk mancing,duk lepak kat kampung aku.sungai ni jugaklah yang bagi pendapatan kat kampung aku klau takdak dia ni mesti padi tak leh tnam kat sini jugak la aku duk terjun dan mandi manda (jngn bagitau ayah aku, aku terjun tak bagitau dia) tapi waktu ni tak leh mdi la air dia tengah surt sebbab lepa lpas air tu pi sawah padi kat kampung tu.wktu sesuai nak mandi,mndi waktu lepa tengah pam air masuk dari sawah padi yang terlebih air.

Tuesday, December 7, 2010

Mp3-Codes


Islamic Songs Playlist at MP3-Codes.com

Bangkitlah kamu dikala malam menghening untuk menyembah Allah s.w.t

"Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.
Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.
Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t. Berkata Al Fudhail bin Iyadh, "Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!" Abu Sulaiman pula berkata, "Jikalau tidaklah kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini."
Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepada hamba-hamba-Nya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.
Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya.
Sabda Rasulullah bermaksud:
"Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka."
Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur."
Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hamba-Nya yang menghidupkan malam.
Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia melakukannya.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas."
Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dalam golongan manusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa."

Couple???

Couple itu maknanya cinta? Hubungan intim lelaki perempuan yang bukan mahram tanpa batasan itu cinta?
Maaf. Jika kamu panggil itu sebagai ‘bercinta’, tandanya kamu telah menjatuhkan harga cinta. Untuk aku, itu semua bukan cinta. Cinta adalah suci. Bersih. Dan ianya membawa ke syurga.
Cinta mestilah dibina dari keimanan, dan dicari berlandaskan petunjuk Allah SWT.
Cinta adalah perasaan, yang wujud di dalam jiwa dan diterjemahkan dalam bentuk amal.
Menolak sahabat ke dalam api, itu bukan namanya akung sahabat, walaupun sebelum menolak sahabat itu ke dalam api, sudah 1000 kali diucapkan: Ana saynag enta, sahabat ana.
Melempar pasangan ke dalam neraka, dengan melanggar arahan-arahan Allah, itu bukan namanya bercinta. Walaupun kamu sering gunakan perkataan ‘cinta’ dalam hubungan kamu.
Cinta lebih suci dari apa yang kamu jangka.
Dan ‘cinta’ yang asli ini, tidak sepatutnya diharamkan sebelum bernikah.

Cinta???


Tiada cinta sebelum nikah.
No love before akad.
Cinta hanya selepas kahwin.
Dan bla bla bla bla bla….
Ayat yang seringkali aku baca, dan sering kali aku dengar.
Tetapi, aku tak pernah sama sekali setuju dengannya.
Kerana pada aku, cinta sebelum nikah itu ada.
Aku kira, yang patut tiada sebelum nikah adalah hubungan intim seperti suami isteri. Cinta, pada aku, sebelum nikah lagi memang sepatutnya perlu diwujudkan.
Oh, lainlah kalau definisi cinta kamu, telah kamu rendahkan dengan menganggap ‘bercinta’ itu adalah ‘bercouple, pegang-pegang tangan, berhubungan tanpa batas’ dan sekutu-sekutunya.
Maaf. Cinta aku mahal, dan tidak serendah itu.
Sebab itu cinta aku yang mahal itu, wujud sebelum bernikah lagi.
Kerana cintaku hanya kepada.........

Monday, December 6, 2010

Boring!!!!!!!!!!

Assalamualaikum,skarang pun aku tngah boring jadi aku saja tak nak bagi aku boring aku blogging la.Sekarang aku sebenarnya nak mengucap terima kasih banyak2 dekat kawan aku nisa khairulnizam.Dialah sumber inspirasi aku untuk blogging,dia juga yng mengajar aku blogging.Nisa thank you.OOOPS lupa nak bagitau nisa ni pompuan,satgi kata laki lak.Ok setakat ni saja aku chow dulu! Bye.

Sunday, December 5, 2010

ooo lpas tngok wayang kmi ada plan main futsal dan plan itu jadi itupun sekali lagi berterngkar ngan mak aku.kmi pergi main futsal kat wns adala satu tempat tu kat kedah klau nak tau mai la kedah sempena musim cuti ni.kmi lawan ngan dak form 3 kawan jiran aku.tak disaangka kami ingat kmi akan klah (yela lepas tengok badan diaorang mestila rasa takut) tapi kami menang 21-11.oops lupa nak beritahu kmi main selama dua jam.sila la tepuk tangan atas kejayaan kami.sapa yang tak tepuk tangan tu maknanya.......hmm..........maknanya dia .......takdak tangan la apa la susah nak teka.

skrang bru ada idea,aku skarang tngah bosan duk kat rumah jadi aku kluar la ngan jiran dan merangkap kawan aku.jdi kmi plan la nak pi tngok wyng,plan punya plan dan hari yng ditunggu pun tiba.nasib baik aku dpat ikut itupun lpas bertengkar ngan family aku.mula mula tak bagi lepastu bagi aku pun plik.kmi berempat pun pi la tngok wayang.mulamula plan nak tngok ngankung tapiadala sorang ni penakut jadi kami tngokla haryy poter yang terbaru (deathly hallow part1) tpi tak best pun sbab jalan cerita dia buat aku pening.tpi bgi orang yng tak seangkatan ngan aku jgn mrah aku bukan kutuk filem ni

Mp3-Codes


Islamic Songs Playlist at MP3-Codes.com

klau sesiapa yng membuka bloq ini dan berasa bosan,minta maap bnyk2 sbab takde idea nak tulis

ni pertama kli aku blogging jdi sesiapa yng sudi membantu aku belajar blogging jangan malumalu.bantuan anda amat diperlukan